Templates by BIGtheme NET
350-018 | C4040-250 | 810-403 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 70-346 | 70-480 | 300-075 | 210-060 | SY0-401 | M70-201 | HP0-S41 | 100-101 | MB2-702 | 101 | 70-488 | 70-488 | MB2-701 | CISSP | 640-554 | AWS-SysOps | AWS-SysOps | N10-006 | CCD-410 | 210-260 | MB5-705 | 70-483 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 350-018 |, C4040-250 |, 810-403 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 640-554 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, MB5-705 |, 70-483 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |,

Tiga Saranan Pemuda Ikatan Berkenaan Isu Cukai Pelancongan 2017

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA IKATAN MALAYSIA
13 Jun 2017

Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 telah dibentangkan pada sidang Parlimen yang lepas oleh YB Menteri Pelancongan dan diluluskan dengan undian majoriti. Pelaksanaan Cukai Pelancongan dengan kadar RM 2.50 hingga RM 20 untuk penginapan semalam akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2017.

Pemuda IKATAN berpendapat Kementerian Pelancongan perlu mengambil inisiatif untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia secara umumnya, dan pengusaha premis-premis pelancongan dan penginapan secara khususnya mengenai isu cukai ini. Beberapa persoalan telah timbul mengenai isu cukai pelancongan ini yang akan dilaksanakan bermula bulan depan.

Pertama, rakyat telah melihat berlaku ketidaksefahaman antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam isu ini, terutama Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Barisan Nasional. Cukai pelancongan ini bertujuan untuk dijadikan sebagai cukai persekutuan. Namun, sesetengah negeri juga mempunyai hak untuk mengenakan cukai melalui saluran majlis perbandaran, contohnya di Melaka. Adakah dua jenis cukai yang dikenakan iaitu satu cukai persekutuan dan satu lagi cukai negeri? Pemuda IKATAN menyarankan suatu garis panduan untuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dibuat bagi mengelak berlakunya pertindihan atau perselisihan cukai.

Kedua, Pemuda IKATAN menyarankan Kementerian Pelancongan menghebahkan jenis premis pelancongan yang akan dikenakan cukai dan pengecualiannya. Dewasa ini, ramai anak muda mula menceburi perniagaan “homestay” atau “Airbnb” secara atas talian untuk menambah duit poket bulanan. Pemuda IKATAN tidak mahu melihat anak muda tersungkur dalam perniagaan premis penginapan dek kerana bebanan cukai atau kerana terjejasnya industri pelancongan.

Ketiga, dianggarkan kerajaan akan mengutip sehingga RM 654 juta jika kadar penginapan adalah 60%. Pemuda IKATAN menggesa kerajaan bersifat telus untuk melaporkan bagaimana pulangan cukai yang dikutip akan digunakan untuk melonjakkan industri pelancongan negara dan membantu negeri-negeri yang berperanan sebagai pusat pelancongan Malaysia.

Sekali lagi, Pemuda IKATAN menyarankan pihak kerajaan untuk meneliti ketiga-tiga aspek di atas yang berkait dengan isu cukai pelancongan ini.

Sekian.

Shahir Adnan
Ketua Pemuda IKATAN Malaysia
Parti IKATAN Bangsa Malaysia

13 Jun 2017