Templates by BIGtheme NET
350-018 | C4040-250 | 810-403 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 70-346 | 70-480 | 300-075 | 210-060 | SY0-401 | M70-201 | HP0-S41 | 100-101 | MB2-702 | 101 | 70-488 | 70-488 | MB2-701 | CISSP | 640-554 | AWS-SysOps | AWS-SysOps | N10-006 | CCD-410 | 210-260 | MB5-705 | 70-483 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 350-018 |, C4040-250 |, 810-403 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 640-554 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, MB5-705 |, 70-483 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |,

Kenyataan Akhbar oleh Tan Sri Abdul Kadir (Presiden IKATAN) berkenaan BAHASA MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR OLEH

TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ABDUL KADIR BIN HJ SHEIKH FADZIR

PRESIDEN, PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN)

DI KUALA LUMPUR PADA SELASA 22 SEPTEMBER 2015

———————————————————————————————————————————————————–

 

Saya bersetuju dengan kenyataan Dato’ Dr Awang Sariyan, Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini bahawa “Bahasa Malaysia” sebagai bahasa rasmi Malaysia sedang dipinggirkan oleh sektor swasta. Malah saya amat sedih melihat bahawa Bahasa Malaysia ini mulai dipinggirkan bukan sahaja oleh sektor swasta tetapi juga oleh beberapa Jabatan Kerajaan dan juga syarikat-syarikat kepunyaan kerajaan (GLC) dan Bank-Bank.

 

Berpuluh tahun dahulu soal dasar penggunaan Bahasa Malaysia ini dikuatkuasakan dengan serious oleh pihak kerajaan. Pada waktu itu bukan sahaja semua jabatan-jabatan kerajaan patuhi 100% dengan arahan tersebut, malah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pihak swasta termasuk bank-bank juga turut menggunakannya.

 

Oleh sebab jabatan-jabatan kerajaan ketika itu tidak melayan surat-surat dari pihak swasta tempatan yang tidak mematuhi arahan ini maka mereka juga mulai ambil berat perkara tersebut dan berusaha sedaya upaya untuk menggunakannya.

 

Malangnya, sejak beberapa tahun berlalu, penggunaan Bahasa Malaysia ini mula dipinggirkan oleh semua pihak. Malangnya, ini juga termasuk beberapa jabatan-jabatan kerajaan yang dengan mudah juga menggunakan Bahasa Inggeris.

 

Saya sendiri telah hampir 7 tahun berkecimpung dibidang swasta. Jadi, pengalaman diatas telah saya sendiri melihatnya dan dapat dirasai. Walaupun kita menggalakkan menggunakan Bahasa Inggeris tetapi ini tidak bermakna kita pinggirkan Bahasa Malaysia.

 

Oleh yang demikian, saya menggesa Jemaah Menteri dan khususnya Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil tindakan-tindakan tegas dan segera dan dengan bersungguh-sungguh untuk menguatkuasakan kembali dasar-dasar dan ketegasan mengenai penggunaan Bahasa Malaysia tersebut.

 

Pihak kerajaan harus mengkaji kembali bagaimana penguatkuasaan tersebut dibuat dengan begitu berkesan berpuluh tahun dahulu dan semuanya mematuhi dengan bersungguh-sungguh. Saya juga yakin kerenggangan hubungan antara kaum yang sedang berlaku di negara kita sekarang ini adalah juga berpunca dari tidak ketegasan Kerajaan untuk menjadikan penggunaan Bahasa Malaysia itu sebagai satu budaya dikalangan seluruh rakyat Malaysia semua kaum. 

 

 

 (TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ABDUL KADIR B. HJ SHEIKH FADZIR)

TARIKH : ISNIN, 21 SEPTEMBER 2015