Templates by BIGtheme NET
350-018 | C4040-250 | 810-403 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 70-346 | 70-480 | 300-075 | 210-060 | SY0-401 | M70-201 | HP0-S41 | 100-101 | MB2-702 | 101 | 70-488 | 70-488 | MB2-701 | CISSP | 640-554 | AWS-SysOps | AWS-SysOps | N10-006 | CCD-410 | 210-260 | MB5-705 | 70-483 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 350-018 |, C4040-250 |, 810-403 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 640-554 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, MB5-705 |, 70-483 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |,

RUU 355: Ikatan seru Umno yakinkan rakyat

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menyeru kepada pimpinan Umno BN agar mengambil alih tanggungjawab untuk meyakinkan rakyat dan ahli parlimen bahawa RUU 355 adalah pindaan akta yang sedia ada.

Presiden Ikatan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil berkata, pimpinan Umno haruslah memulakan usaha ini serta merta dan jangan berlengah-lengah lagi supaya segala ketegangan dan perbahasan yang tidak perlu dapat dihentikan.

“Dengan usaha ini dari pimpinan Umno BN dan kerajaan saya yakin pindaan tersebut bukan sahaja akan dapat sokongan orang Islam tetapi juga orang bukan Islam.

“Tidak sampai pun setengah jam, Ketua Menteri Sarawak telah pun mengubah pendiriannya dari membangkang kepada menyokong usul tersebut. Malah beliau membayangkan bahawa BN Sarawak juga mungkin akan menyokong pindaan usul tersebut jika mereka benar-benar memahaminya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pimpinan Umno BN berkemampuan untuk meyakinkan rakan-rakan BN mereka dengan mudah jika usaha tersebut dimulakan segera bukannya di saat-saat akhir.

Katanya, pindaan melibatkan kepentingan agama dan umat Islam seharusnya menjadi tanggungjawab semua bukannya diserahkan kepada PAS semata-mata.

Malangnya kata beliau, masih terdapat kenyataan-kenyataan keras dari kalangan parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan yang tidak faham atau sengaja tidak mahu faham mengenai tujuan sebenar pindaan itu.

“Mereka sudah faham bahawa pindaan ini tidak akan dapat dibentangkan dalam parlimen oleh Presiden PAS sebagai usul persendirian jika ianya tidak mendapat restu Umno BN.

“Oleh itu kenyataan parti komponen BN jelas menunjukkan ‘game of upmanship’ dengan DAP bagi membuktikan siapa lebih anti-Islam dan siapa lebih berani menyuarakan pendapat sedemikian. Keadaan ini menimbulkan perbahasan yang tidak perlu dan ketegangan kaum dan agama yang juga tidak perlu dan bahaya,” ujarnya.

Jelasnya, pihak PAS telah pun berusaha dengan berbagai cara untuk meyakinkan pihak-pihak tertentu bahawa pindaan tersebut bukanlah suatu pindaan untuk hudud seperti yang difahami ramai melalui pintu belakang. – HARAKAHDAILY 6/2/2017