Templates by BIGtheme NET
350-018 | C4040-250 | 810-403 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 70-346 | 70-480 | 300-075 | 210-060 | SY0-401 | M70-201 | HP0-S41 | 100-101 | MB2-702 | 101 | 70-488 | 70-488 | MB2-701 | CISSP | 640-554 | AWS-SysOps | AWS-SysOps | N10-006 | CCD-410 | 210-260 | MB5-705 | 70-483 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 350-018 |, C4040-250 |, 810-403 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 640-554 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, MB5-705 |, 70-483 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |,

Rukun Negara

Kenyataan media

Ikatan Negeri Selangor

Pengerusi Parti Ikatan Bangsa Malaysia Negeri Selangor yang juga Ahli Majlis Dewan Tertinggi peringkat pusat mengajak semua Rakyat Malaysia yang mengaku diri nya sebagai Bangsa Malaysia tidak mengira status kedudukan bersama menghayati dan mempelajari serta mengulang kaji konsep dan maksud serta erti yang terkandung dalam RUKUN NEGARA.

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia, ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara setahun selepas tragedi yang telah menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Atas rasa kesedaran dan keegoan pemimpin dari semua parti politik yang telah menghasut serta meracuni pemikiran rakyat pada ketika itu tanpa penglibatan mereka ramai nyawa dari penyokong tidak mengira bangsa dan warna kulit dari golongan kanak-kanak remaja belia serta orang awam dewasa yang tidak berdosa terkorban dan ada di antara pencetus peristiwa hitam yang pahit untuk dilupakan masih hidup sehingga jari ini. Hari ini saya serta rakan-rakan dan ke semua ahli serta penyokong Bangsa Malaysia bangkit dari lamunan dan mari kita berdiri bersama dengan menentang dan mengajar serta mengingatkan semula kepada semua Pemimpin Parti Politik untuk mengingati serta menghayati kembali pengertian Rukun Negara dan atas sebab apa ia dibentukkan.
Peristiharan.

Bahawasanya Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak.

1 ) Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakatnya.

2 ) Memelihara cara hidup demokratik.

3 ) Mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama.

4 ) Menjamin satu cara liberal terhadap kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak.

5 ) Membina satu masyarakat progresif yang mengunakan sains dan teknologi modern.

Ikrar

Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan melalui kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan persekutuan memperuntukan bahawa islam adalah agama rasmi persekutuan manakala agama dan kepercayaan kepercayaan lain boleh di amalkan dengan aman dan tenteram di dalam persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadàp seseorang warganegara atas alasan agama adalah di larang sama sekali. Jawatankuasa pengubal Rukun Negara menyedari akan penting nya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia.ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa penting nya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini dipilih sebagai prinsip yang pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di Pertuan Agong sebagai Raja mengikut perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap, dan Yang di Pertua Negeri bagi negeri2 yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja2 dan Yang di Pertua negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat di negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan yang demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sister pemerintahan,  perundangan,  kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang dimana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak akan aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institiusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, dimana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh di amalkan dengan bebas asalkan ia tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip yang ke Lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkahlaku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk semua warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama yang lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut di amalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dengan nilai2 murni.

Demikian lah jika kita seeing membaca dan memahami pengertian nya pasti kita akan bertemu satu jawapan sebelum bertindak mengarahkan sesuatu atau mengeluarkan kata-kata ucapan yang boleh menyebabkan ketegangan. Pelajari kesilapan pemimpin masa lampau untuk menjadi pemimpin terbaik untuk masa hadapan bagi membimbing generasi penganti.