Templates by BIGtheme NET
350-018 | C4040-250 | 810-403 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 70-346 | 70-480 | 300-075 | 210-060 | SY0-401 | M70-201 | HP0-S41 | 100-101 | MB2-702 | 101 | 70-488 | 70-488 | MB2-701 | CISSP | 640-554 | AWS-SysOps | AWS-SysOps | N10-006 | CCD-410 | 210-260 | MB5-705 | 70-483 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 350-018 |, C4040-250 |, 810-403 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 640-554 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, MB5-705 |, 70-483 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |,

PERUTUSAN PRESIDEN

Screen Shot 2015-08-20 at 12.23.35 pmRakyat Malaysia kesemuanya begitu bertuah kerana mempunyai pemimpin- pemimpin Melayu yang terdahulu yang sepanjang masa menganggap diri mereka sebagai pemimpin kepada seluruh rakyat Malaysia.

Allahyarham Dato’ Onn Jaafar adalah pemimpin Melayu pertama yang menyatupadukan orang Melayu dan melahirkan UMNO. Dalam masa yang singkat beliau jelas menyedari bahawa untuk mencapai Kemerdekaan, mengalahkan komunis dan juga untuk menjamin keselamatan dan kebahagiaan jangka panjang seluruh rakyat maka kita perlu bersatupadu

— sehingga beliau juga mencadangkan supaya UMNO sendiri ditukar namanya kepada United MALAYAN National Organisation — yakni membuka pintu UMNO kepada semua kaum.

Namun demikian, beliau kecewa mendapati semua parti-parti perkauman

— iaitu bukan sahaja UMNO tetapi juga MCA dan MIC tidak setuju cadangan beliau. Oleh itu beliau meninggalkan UMNO untuk menubuhkan sebuah parti berbilang kaum “Independence Malaya Party (IMP).

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra yang mengambilalih UMNO dari Dato’ Onn Jaafar — bersama-sama rakan rapat beliau Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail — walaupun bersetuju dengan Dato’ Onn Jaafar, mereka memutuskan tujuan tersebut hendaklah dimajukan perlahan-lahan, setapak demi setapak. Oleh itu, mereka menubuhkan Parti Perikatan (inter-comminal party) yang mana keahliannya adalah 3 buah parti yang mewakili kaum masing-masing — Melayu, Cina dan India — UMNO, MCA dan MIC.

Namun demikian, mereka tidak melupakan matlamat akhir mereka — iaitu untuk membangunkan Bangsa Malayan dan kemudiannya BANGSA MALAYSIA. Tidak berapa lama selepas Merdeka   sebuah parti baru bernama ADMO (Alliance Direct Membership Organisation) ditubuhkan.

ADMO adalah   sebuah parti   yang terbuka   kepada   semua   kaum untuk menjadi ahlinya. Harapannya adalah agar ADMO akan lambat laun menjadi lebih giat dan lebih diterima dari parti-parti individu yang mewakili kaum-kaum tertentu. Malangnya, oleh sebab pimpinan ADMO tidak putus- putus berkrisis sesama mereka bagi merebut jawatan maka tidak lama selepas itu ianya terkubur begitu sahaja. Dengan terkuburnya ADMO maka perjalanan kita kearah menyatupadukan rakyat   menjadi satu bangsa terhenti begitu sahaja —- dan bagi suatu jangka masa yang panjang.

Pada tahun 1991, matlamat tersebut dihidupkan semula dan mendapat semangat baru apabila   Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed membentangkan “Visi 2020” beliau di Parlimen. Matlamat utama visi tersebut adalah untuk membangunkan “BANGSA MALAYSIA” yang bersatu– padu, adil, saksama dan maju sebelum tahun 2020.

Malangnya, sekali lagi oleh sebab tumpuan kerajaan pada ketika itu adalah untuk memajukan ekonomi negara dan   sector ekonomi moden maka usaha kearah memupuk dan membina BANGSA MALAYSIA tidak mendapat perhatian serta   tumpuan yang sewajarnya.   Usaha   ini sekali   lagi terhenti apabila Tun Dr Mahathir Mohamed meninggalkan kerajaan.

Sebaliknya pula, isu-isu agama, kaum, budaya mula mendapat tempat dikalangan berbagai pihak. Usaha untuk membenteras keadaan ini tidak berlaku dan ianya menjadi kian buruk hari demi hari. Dalam masa yang sama rasuah, kronisma dan kerenah   birokrasi kian menjadi-jadi yang membosankan rakyat.

Akibatnya, tercetuslah pemberontakan rakyat yang tak disangka-sangka iaitu dengan keputusan mengejut oleh rakyat menentang Barisan Nasional dalam Pilihanraya 2008.

Tsunami politik ini mengejutkan pihak-pihak yang berkenaan dan banyak dari mereka pula mula memilih jalan yang singkat untuk kembali popular dikalangan kaum masing-masing. Ini adalah dengan membenar, menerima dan juga menggalakkan sentimen-sentimen perkauman, keugamaan dan budaya merebak. Akibatnya telah berlaku perkara-perkara yang kita tidak menjangkakan boleh berlaku selepas negara merdeka sekian lama.

Dalam masa yang sama sekarang ini telah pula menjadi bualan   ramai merata-rata tentang kegiatan rasuah yang berleluasa. Begitu juga dengan masalah kronisma, penyalahgunaan kuasa dan penghakisan hak asasi rakyat dan lain-lain lagi. Walaupun gambaran yang diberi oleh media massa arus perdana — yang dikongkong   begitu ketat oleh pihak kerajaan, memberi gambaran yang sangat baik, keadaan sebenarnya adalah sebaliknya. Begitu jugalah usaha kearah memupuk kesepaduan dikalangan rakyat; ianya bukan sahaja tidak mendapat kemajuan yang dikehendaki sebaliknnya mundur rata-rata.

Dalam keadaan inilah maka ahli-ahli   jawatankuasa IKATAN dan penyokong-penyokong   kami telah   berpakat untuk   cuba   menyekat keadaan ini dan sebaliknya memandu rakyat   dan negara kembali kepangkal     jalan.   Dan   selepas itu   untuk   meneruskan kembali perjalanan yang dimulakan oleh pemimpin-pemimpin Melayu   dan negara yang dulu-dulu kearah menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia ini menjadi BANGSA MALAYSIA — dan berpaksikan isi kandungan serta   roh Perlembagaan Malaysia.   Dalam perjalanan ini kami memohon restu ALLAH SUBHANAHUWATAALA.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Kadir b. Hj Sheikh Fadzir

PRESIDEN – Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)

 

 

ăn dặm kiểu NhậtResponsive WordPress Themenhà cấp 4 nông thônthời trang trẻ emgiày cao gótshop giày nữdownload wordpress pluginsmẫu biệt thự đẹpepichouseáo sơ mi nữhouse beautiful