Templates by BIGtheme NET
350-018 | C4040-250 | 810-403 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 70-346 | 70-480 | 300-075 | 210-060 | SY0-401 | M70-201 | HP0-S41 | 100-101 | MB2-702 | 101 | 70-488 | 70-488 | MB2-701 | CISSP | 640-554 | AWS-SysOps | AWS-SysOps | N10-006 | CCD-410 | 210-260 | MB5-705 | 70-483 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 350-018 |, C4040-250 |, 810-403 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 640-554 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, MB5-705 |, 70-483 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |,

Parti Ikatan dilancar, ikrar hidupkan semula aspirasi pemimpin terdahulu

KUALA LUMPUR: Aspirasi penubuhan parti berbilang kaum yang mendukung bangsa Malaysia yang bersatu padu, maju, adil, saksama dan bahagia menjadi teras Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sempena majlis pelancarannya di ibu negara hari ini.

Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, antara perkara yang mencetus penubuhan Ikatan adalah apabila beliau mendapati berlaku kelemahan dalam pentadbiran negara pada masa ini yang dipalit pelbagai isu negatif.

“Saya mahu lancarkan pergerakan Ikatan bagi pihak ‘roh’ para pemimpin terdahulu yang mengasaskan negara ini,” ujar bekas Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka itu sambil memetik beberapa nama tokoh negara antaranya seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan.

Pemimpin pengasas negara tersebut, menurut Abdul Kadir, mengutamakan penyatuan rakyat yang berbeza latar budaya, agama dan kepercayaaan selain memastikan kemakmuran negara dikongsi bersama.

Matlamat Ikatan, menurutnya, adalah untuk menghidupkan kembali apa yang dikehendaki Datuk Onn Jaafar dan para pemimpin Parti Perikatan suatu ketika dahulu yang mahu menubuhkan parti berbilang kaum.

“Ikatan mahu mengaktifkan semula perjalanan ke arah Wawasan 2020 yang mahu mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, adil dan saksama.

“Kita bukan pro Barisan Nasional, dan bukan juga pro pembangkang. Kita adalah parti yang pro rakyat dan masa depan negara serta akan menyokong hanya yang baik untuk negara ini,” kata Abdul Kadir.

Ikatan yang berharap menjadi sebuah parti massa dengan majlis dan cawangan di setiap negeri akan mengambil tarikh Hari Malaysia pada 16 September 2015 untuk memperkenalkan barisan pimpinannya dari seluruh negara.

Tambah Abdul Kadir, penubuhan parti Ikatan bukan tentang memenangi pilihan raya, sebaliknya memperbaik hala tuju politik negara yang dilihat sudah tersasar.

“Kami buat masa ini tidak memikirkan tentang pilihan raya tetapi mahu menjuarai isu tertentu yang sedang banyak diperkatakan.

“Kami mahu membentuk semula acuan politik negara ini yang dilihat sudah tersasar dari landasan perjuangan asas.

“Parti Ikatan mahu mengembalikan hala tuju politik negara ini ke pangkal jalan,” ujar beliau.