Templates by BIGtheme NET
350-018 | C4040-250 | 810-403 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 70-346 | 70-480 | 300-075 | 210-060 | SY0-401 | M70-201 | HP0-S41 | 100-101 | MB2-702 | 101 | 70-488 | 70-488 | MB2-701 | CISSP | 640-554 | AWS-SysOps | AWS-SysOps | N10-006 | CCD-410 | 210-260 | MB5-705 | 70-483 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 350-018 |, C4040-250 |, 810-403 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 640-554 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, MB5-705 |, 70-483 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |,

Kurang BR1M helah halalkan kadar tol naik?

SHAH ALAM – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan tiada pilihan selain menaikkan kadar tol jika tidak kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mungkin terpaksa dikurangkan sebagai satu cubaan menghalalkan tindakan syarikat konsesi.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, Najib perlu menyedari situasi bahawa tidak semua rakyat di negara ini adalah pengguna jalan bertol dan tidak semua merupakan penerima BR1M.

“Itu (kenyataan Najib) sudah tentu langkah terbaik untuk perdana menteri memberi justifikasi kenapa tol harus dinaikkan tapi perlu diingat bahawa tidak semua orang menggunakan tol dan tidak semua orang menerima BR1M. Jadi, itu alasan dan justifikasi yang diberikan oleh beliau untuk menghalalkan langkah atau tindakan yang telah diambil oleh pemegang konsesi terbabit.

“Tapi masalahnya, jika kerajaan tidak tangani, kemungkinan syarikat dan kerajaan akan berhadapan masalah besar. Jadi, harus dicari jalan terbaik untuk jangka masa panjang supaya tidak membebankan kerajaan, syarikat dan rakyat,” katanya kepada Sinar Online.

Ahad lalu, berucap pada perasmian Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Parti Gerakan, Najib berkata, jika kadar tol tidak dinaikkan, pampasan perlu dibayar.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jika tol tidak naik, BR1M akan berkurang]

“Kita terpaksa meningkatkan kos. Kita tiada pilihan. Jikalau tidak naik, pampasan perlu dibayar. Perjanjian tol ditandatangani 20 tahun lalu di mana jika tiada kenaikan kadar tol, kita perlu membayar pampasan. Jadi apabila kita membayar pampasan, peruntukan untuk perkara lain juga berkurangan. Kurang duit untuk BR1M.

“Gerakan mahu saya meningkatkan harga BR1M. Namun anda perlu pilih, yang mana satu anda mahu kerana kita ada peruntukan yang terhad,” katanya.

Sementara itu, Dr Jeniri beranggapan bahawa kenyataan Najib itu boleh dikatakan menaikkan suhu kemarahan rakyat yang sedang tertekan dengan isu kos sara hidup.

“Sudah tentu kenyataan ini… harus diakui bahawa kenyataan ini tidak diterima rakyat begitu sahaja. Mereka begitu kritikal lebih-lebih lagi dalam membabitkan unsur-unsur sensitif, soal sara hidup, GST, harga rumah dan sebagainya.

“Nak dikatakan kenyataan itu menaikkan suhu kemarahan rakyat, mungkin juga ya,” katanya.

Beliau juga sempat menasihati menteri di Kabinet agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bersabit isu-isu rakyat kerana rakyat hari ini lebih pandai daripada sesetengah menteri.

“Menteri bukan sahaja harus dan perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, tapi juga harus mengeluarkan kenyataan yang bijak dan berpijak di bumi yang nyata. Bukan kenyataan yang dilihat hanya sedap dilepaskan kerana rakyat sekarang bukan sahaja lebih bijak daripada sesetengah menteri, tapi mereka juga tahu apa yang berlaku.

“Jadi, untuk tidak menjejaskan reputasi dan imej menteri serta kerajaan, Kabinet bukan sahaja harus dilihat bijak, tapi perlu sangat berhati-hati memilih kata-kata dan mengungkapkan buah fikiran mereka dengan ayat yang betul,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/kurang-br1m-helah-halalkan-kadar-tol-naik-1.443022