Templates by BIGtheme NET
350-018 | C4040-250 | 810-403 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 70-346 | 70-480 | 300-075 | 210-060 | SY0-401 | M70-201 | HP0-S41 | 100-101 | MB2-702 | 101 | 70-488 | 70-488 | MB2-701 | CISSP | 640-554 | AWS-SysOps | AWS-SysOps | N10-006 | CCD-410 | 210-260 | MB5-705 | 70-483 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 350-018 |, C4040-250 |, 810-403 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 640-554 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, MB5-705 |, 70-483 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |,

KENYATAAN AKHBAR OLEH TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ABDUL KADIR BIN HJ SHEIKH FADZIR PRESIDEN “PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA” (IKATAN)

Parti-parti komponen Barisan Nasional yang menentang RUU 355 telah pun membuat suatu kesilapan yang paling besar. Parti-parti MCA & MIC, khususnya, harus sedar bahawa merekalah bersama dengan UMNO yang memperjuangkan Kemerdekaan tanahair dan antara yang pencipta Perlembagaan Malaysia dan semangat Kemerdekaan.

Diantara perkara pokok yang telah dipersetujui semasa Kemerdekaan dahulu adalah segala ugama diberi kebebasan penuh untuk diamalkan oleh penganut masing-masing. Disamping itu semuanya juga mempersetujui bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan.

Anehnya, RUU 355 hanyalah suatu pindaan kecil bagi meningkatkan hukuman di Mahkamah Syariah bagi beberapa kesalahan jenayah yang mana hukuman yang terdapat sekarang ini adalah terlalu rendah dan “tidak masuk akal”. Ini adalah suatu masalah sesama Islam dan untuk orang Islam sahaja.

Oleh itu, adalah membingungkan ramai kenapa yang bukan Islam pula yang terlalu sibuk dan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang keras dan pedas yang melukakan hati orang-orang Islam. Bayangkan kalau orang-orang Islam pula mengeluarkan kenyataan serupa mengenai berbagai ritual dan amalan ugama Kristian, Buddha dan Thaipusam.

Jelaslah dari kenyataan-kenyataan sombong dari MCA dan lain-lain yang dikeluarkan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional baru-baru ini bahawa sikap orang-orang bukan Islam ini hanyalah suatu saingan untuk membuktikan kepada kaum mereka siapakah lebih kuat dan lebih berani menentang Melayu dan menentang Islam. Ianya adalah suatu “Game of Upmanship” dengan DAP.

Parti-parti seperti Gerakan, MCA dan MIC harus sedar bahawa kemenangan besar mereka dalam semua pilihanraya sejak Kemerdekaan adalah kerana sokongan semua kaum dan khususnya orang-orang Melayu dan Islam.

Sokongan ini adalah kerana mereka ternampak parti-parti sederhana dan menyokong semangat Perlembagaan dan semangat Kemerdekaan — dan khususnya, dalam hubungan ini, menghormati agama masing-masing. Tetapi dengan sikap mereka sejak akhir-akhir ini, mereka akan kehilangan sokongan sebahagian besar rakyat Melayu dan Islam. Jelaslah mereka telah jatuh ke perangkap DAP dan inilah juga yang dikehendaki oleh parti-parti pembangkang lain.

Dalam hal ini pula dan yang sedihnya, UMNO pula ternampak begitu lemah sekali dalam mempertahan kepentingan Islam. Pada waktu dahulu pindaan seperti RUU 355 ini tidak akan menjadi masalah langsung jika ianya mendapat restu dari UMNO. Tapi kali ini walaupun UMNO telah menyatakan sokongannya secara terbuka, hakikat ini tidak diendahkan langsung oleh parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain, malah disana sini UMNO dicemuh dan diugut pula. Kekuatan UMNO yang begitu dihormati dan disanjung sekian lama sekarang terjatuh begitu rendah sekali.

Nasihat saya kepada UMNO, MIC dan Gerakan khususnya, kembalilah semula menjadi MCA, MIC dan Gerakan seperti dahulu. Jangan sesekali cuba menjadi DAP. Mereka akan kehilangan segala-galanya. Masanya belum lewat untuk mereka mengubah strategi dan pendirian.

Bagi pihak UMNO dan kerajaan pula jangan menghindari usul tersebut dibentang dan dihujah oleh YB Tuan Guru Hj Hadi Awang dalam sesi Parlimen ini juga. Dengarlah dahulu hujah beliau dan biarlah diadakan perbahasan yang bebas.

Dengan cara itu saya penuh yakin kebenaran akan ditegakkan dan saya juga yakin selepas mendengar penjelasan ianya akan mendapat sokongan sebulatnya dari semua ahli-ahli Parlimen, dari semua kaum yang menyanjungi Perlembagaan Malaysia. UMNO yang dilahirkan, diantaranya, untuk menegak dan mempertahankan Islam, harus tegas dalam hal ini.

Terima Kasih.

(Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Kadir b. Hj Sheikh Fadzir)
PRESIDEN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN)
TARIKH : 31 March 2017

ăn dặm kiểu NhậtResponsive WordPress Themenhà cấp 4 nông thônthời trang trẻ emgiày cao gótshop giày nữdownload wordpress pluginsmẫu biệt thự đẹpepichouseáo sơ mi nữhouse beautiful