Templates by BIGtheme NET
350-018 | C4040-250 | 810-403 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 70-346 | 70-480 | 300-075 | 210-060 | SY0-401 | M70-201 | HP0-S41 | 100-101 | MB2-702 | 101 | 70-488 | 70-488 | MB2-701 | CISSP | 640-554 | AWS-SysOps | AWS-SysOps | N10-006 | CCD-410 | 210-260 | MB5-705 | 70-483 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 350-018 |, C4040-250 |, 810-403 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 640-554 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, MB5-705 |, 70-483 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |,

It’s About Time – The 3rd Block Story / Sudah Tiba Masanya – Sebuah Cerita Blok Ke-3

TENGKU AHMAD MUDZAFFAR BIN TENGKU MOHD ZAID
Secretary General
PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA
6 Julai 2017

  • Bahasa
  • English

Ramai yang tidak berpuas hati dengan parti yang mentadbir kerajaan Malaysia sekarang, berasa bingung dan keliru dengan alasan PAS meninggalkan pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) dan membentuk satu lagi kumpulan pembangkang atau Blok Ketiga. Tambahan pula Blok ketiga yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera dibentuk dengan satu parti kecil yang tidak dikenali iaitu PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN). Apakah semua ini? Adakah ini suatu reka cerita dari parti BN untuk melemahkan pakatan pembangkang dan adakah PAS telah dibeli? Jujur nya, Blok ke-3 tiada ada kena mengena langsung dengan BN. Ini lah ceritanya!

Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh parti yang kukuh berteraskan kaum Melayu iaitu UMNO telah mentadbir Malaysia sejak kemerdekaan. Salah satu sebab mengapa mereka dapat mengekalkan kuasa pentadbiran adalah kerana rakyat berpuas hati dengan manifesto-manifesto BN dan kepimpinan-kepimpinan mereka yang terdahulu. Ekonomi Malaysia telah berkembang dan rakyat turut menyedari bahawa sebagai sebuah negara baru kita semua mesti bekerja keras dan berganding bahu untuk mencapai kemakmuran yang berterusan. Orang-orang Melayu telah pun bersiap sedia, melibatkan diri secara besar-besaran dalam membangunkan bidang pertanian dengan penubuhan peneroka FELDA dan skim-skim yang lain. Sementara orang-orang Cina dan India yang mana majoritinya penduduk bandar pula mengejar sektor perdagangan dan professional. Kita semua gembira dan saling bertolak ansur sesama sendiri tanpa ada perasaan buruk dan tidak puas hati. Walaubagaimanapun apabila era Mahathir tiba, satu perubahan terhadap agenda nasional telah muncul. Matlamatnya adalah untuk ‘meng industri kan’ Malaysia dengan menjadikan sebuah negara yang kaya dengan cepat untuk bersaing dengan negara-negara membangun yang lain dan juga negara-negara di rantau Asia. Untuk mencapai hasrat ini pentadbiran Mahathir telah mengambil keputusan untuk ‘mengawal’ ekonomi orang Melayu dan memfokuskan semula ke arah lebih banyak kawasan perindustrian, seperti program vendor Proton dan lain-lain. Pertanian yang menjadi tonggak asas bagi perdagangan dan jalan kemakmuran orang Melayu telah diketepikan atau ditangguhkan. Laluan ekonomi kaum Cina dan India pula terus berkembang kerana mereka sudah dari awal terlibat dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan.

Disebabkan perindustrian adalah konsep ekonomi yang masih baru untuk orang Melayu, pentadbiran Mahathir telah memberi sokongan kepada beberapa ahli perniagaan Melayu yang telah berjaya. Melalui kumpulan inilah telah dikatakan bahawa ilmu dan keuntungan kewangan dapat diperturunkan sedikit sebanyak kepada lebih ramai kaum Melayu dan sekaligus membentuk industri perniagaan kecil dan sederhana yang kukuh dan membolehkan golongan ini menjadi satu kuasa yang diiktiraf dalam arena ekonomi dunia. Pemuda Melayu juga telah digalakkan untuk berduyun-duyun ke Kuala Lumpur dengan janji ‘projek-projek’ dan dana kerajaan yang boleh meningkatkan kedudukan kekayaan mereka secara mendadak. Penggerak utama disebalik rancangan tersebut, kini telah menjadi salah seorang pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH). Mereka yang diberikan “sokongan” kerajaan ini tidak lama kemudian dikenali sebagai “Kroni” dan maka bermulalah budaya politik wang dalam arena politik Malaysia.

30 tahun telah pun berlalu. Mahathir telah pun lama meletakkan jawatan. Politik wang semakin bermaharajalela bukan sahaja di dalam BN tetapi juga dalam parti pembangkang. Ia telah pun tersemai dalam budaya politik Malaysia lalu menjadi satu tabiat di mana politik dianggap sebagai tempat mendapat wang dan seseorang boleh menjadi kaya dengan melibatkan diri dalam kancah politik. Dengan ini, sesiapa yang menerajui negara ini akan menjadi sangat berkuasa dan terdedah kepada sumber dana yang diluar imaginasi di mana dia dapat menentukan bagaimana dana itu akan dibelanjakan. Oleh itu pertarungan ‘bermati-matian’ di antara parti Barisan Nasional dan pembangkang Pakatan Harapan untuk mengetuai kerajaan telah mencapai ke tahap yang tak masuk akal di mana wakil-wakil daripada kedua-dua pihak tidak lagi melihat kepada dasar-dasar yang memakmurkan rakyat tetapi sebaliknya beralih arah kepada mengutuk dan melemparkan penghinaan sesama sendiri. Lebih teruk lagi apabila dasar pertarungan ini telah cenderung bertukar menjadi isu ‘perkauman’. Orang Melayu yang kini menderita akibat kemelesetan ekonomi apatah lagi apabila jalan kemakmuran ekonomi mereka telah dibelakangkan; tanpa disedari kini menyalahkan orang Cina pula. Walaupun ini bukanlah sentimen majoriti penduduk Melayu pun sebenarnya, parti politik yang terlibat telah melaungkan perasaan tidak selesa ini di kalangan golongan Melayu bandar yang berpendapatan rendah. Orang Cina pula yang merasakan bahawa Malaysia sepatutnya diurus dengan lebih baik dan mempunyai persepsi bahawa orang Melayu pemalas dan hanya suka mengambil jalan pintas membuatkan mereka memberi sokongan penuh kepada parti pembangkang terbesar dalam Pakatan Harapan, iaitu DAP. Di sini kita mempunyai senario di mana Barisan Nasional (BN) yang walaupun mempunyai komponen parti-parti kaum lain, ia diketuai oleh UMNO; parti Melayu yang kuat dan PH walaupun mempunyai parti-parti Melayu yang lain tetapi diketuai oleh DAP satu parti Cina yang besar. Oleh itu, senario”Melayu lwn Cina” melakari landskap politik Malaysia.

Haluan perkauman ini adalah sesuatu yang tidak baik dan tidak sekali-kali akan menjadi baik untuk negara. Ia akan menghapuskan apa yang telah negara kita kecapi sebagai negara makmur berbilang kaum dan RAKYAT Malaysia lah yang akan berada dalam kerugian yang besar. Isu-isu penting dan yang mengancam kehidupan tidak akan dipandang oleh wakil-wakil kedua-dua belah kerana agenda utama mereka bukanlah untuk berkhidmat untuk rakyat tetapi untuk memastikan “KUASA” dipegang atau dikekalkan. Maka dengan itu, kami mewakili rakyat dari segenap lapisan masyarakat ingin melaugkan “Cukup! Cukuplah!” dan ayuh, kita bertindak bersama. Kami rakyat tidak menuding jari kepada mana-mana kumpulan atau pihak tetapi mahu parti dalam kerajaan untuk merenung sejenak akan apa yang telah terjadi. Nilailah semula keadaan ini dengan pandangan yang lebih luas dan janganlah mempunyai perasaan gentar dan berprasangka buruk bahawa rakyat hanya mahu “menjatuhkan” kerajaan tanpa mengambil kira perlembagaan Negara yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, untuk parti di dalam kerajaan mentadbir negara ini dengan lebih rasional, adalah sangat penting bagi pihak pembangkang dan “pesaing sihat” menjadi lebih matang dan faham bahawa mereka perlu melayari gelombang sistem pilihan raya negara untuk melakukan perubahan dalam negara. Kedudukan semasa PH menyuarakan dirinya sebagai “Pejuang Kebebasan” rakyat dan dengan kebanyakan pemimpin-pemimpin tertinggi mereka yang mempunyai bayang-bayang Mandela dan Che Guevara bukanlah suatu yang sihat. Malah ianya hampir tidak menghormati Perlembagaan negara di mana pilihan raya yang dulunya direka oleh bapa-bapa kemerdekaan kita, memberikan peluang yang sama bagi mana-mana parti yang mampu mendapat sokongan yang luas daripada Rakyat; untuk menerajui kerajaan serta memastikan asas demokrasi kita akan kekal utuh. Haluan yang membuka pintu revolusi ini tidak akan membantu sesiapa pun dengan jayanya bahkan akan merobek negara dengan cara yang paling sukar untuk di pulih.

“SUDAH TIBA MASANYA” parti di dalam kerajaan dan negara MALAYSIA yang kita cintai mempunyai kumpulan atau blok pembangkang yang boleh berhubungan dengan kerajaan dengan cara yang bertamadun dan produktif, DEMI RAKYAT. Kami, pakatan Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera percaya bahawa kami adalah kumpulan yang berupaya memacu Malaysia ke arah haluan yang benar dari aspek landskap politik dan memastikan barisan ahli Parlimen dan wakil Dewan-dewan undangan negeri mewakili rakyat dengan telus dan ikhlas.

Gagasan Sejahtera akan menjadi kumpulan pembangkang yang akan memberikan kestabilan kepada landskap politik negara kita. Ia dipimpin oleh parti yang ahlinya majoriti orang Melayu. Ini pasti dapat menyeimbangkan persaingan yang tidak sihat antara kaum kerana kedua-dua pihak dalam kerajaan dan pembangkang tidak akan menyentuh isu-isu berkaitan dengannya. Ia dengan itu akan membuka peluang yang luas kepada wakil-wakil rakyat daripada kedua-dua parti untuk memberi perhatian yang lebih kepada polisi-polisi yang berkaitan dengan Rakyat.

Langkah tersebut bukanlah untuk mewujudkan ketuanan kaum di sebelah pihak sahaja. Namun, ia adalah bagi memastikan setiap kaum di wakili secara saksama dan seimbang dalam arena politik Malaysia. Ia akan dapat memastikan suara dari kaum lain didengar untuk melakukan tindakan atau langkah-langkah yang dapat memperbaiki keadaan mereka. Ia akan dapat menyelaraskan semula laluan ekonomi Melayu, (orang Melayu yang merupakan majoriti negara ini tetapi menyumbang hanya secebis terhadap ekonomi) di mana ianya dapat menyediakan perkara asas agar mereka boleh bekerja keras untuk keperluan harian keluarga mereka dan secara amnya menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar. (KDNK).

Gagasan Sejahtera tidak berminat untuk mengutuk personaliti-personaliti dalam kerajaan. Kami sedia maklum berada di tempat mereka adalah sesuatu yang amat mencabar dalam menyeimbangkan antara kerja-kerja politik dan juga kerja sebagai menteri. Oleh itu, kami percaya kami dapat memberi sumbangan yang bermanfaat kepada setiap dasar kementerian dengan memberikan nasihat membina dan cadangan inovatif yang dapat dilaksanakan dengan mudah, mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan akhirnya membantu serta tidak membebankan Rakyat. Kami percaya kami mampu duduk semeja bersama menteri-menteri dalam mesyuarat dan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan mana-mana Kementerian untuk mengetengahkan polisi-polisi tertentu agar dapat dibahaskan dan diluluskan di Parlimen.

Gagasan Sejahtera dengan sepenuh keyakinan percaya bahawa kami dapat mempelajari untuk mengenali lebih dalam sistem yang dilaksanakan oleh kerajaan kita. Adalah perlu untuk kami memahami sistem operasi setiap kementerian bagi melahirkan sebuah ekosistem yang positif di mana kami sebagai pembangkang akan dihormati kerana memahami akan cara bagaimana kerajaan mentadbir negara. Adalah amat mengecewakan apabila sebahagian daripada pembangkang menentang pendekatan ini kerana mereka beranggapan mereka perlu mengubah setiap prosedur apabila mereka menjadi kerajaan yang mentadbir. Memang perubahan bagi menaik taraf produktiviti serta mencapai matlamat adalah sesuatu yang digalakkan tetapi kita harus memahami dahulu situasi semasa sebelum sebarang perubahaan dapat dilakukan.

Akhir kata, Gagasan Sejahtera adalah satu wadah untuk mereka yang ingin berkhidmat demi kesejahteraan rakyat. Ia bukanlah lubuk emas bagi mereka yang ingin mengejar kekayaan dan jawatan serta sebarang hak istimewa, nama, dan pangkat. Gagasan Sejahtera adalah untuk mereka yang memahami tentang perlunya ekosistem politik negara kita ditambah-baik demi keharmonian rakyat agar kita dapat membangunkan ketamadunan kita demi anak-anak dan pewaris masa hadapan supaya mereka dapat merasa selamat, mengukir senyuman yang panjang dan kekal bahagia.

Many, who are dissatisfied with the current party administering the government of Malaysia, are perplex and confused on the reasons PAS had left the opposition pact known as Pakatan Harapan (PH) and formed another opposition group or the 3rd Block. Furthermore the 3rd Block known as Gagasan Sejahtera was formed with an unknown small party PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN). What is this all about? Is this something that the BN party has concocted to undermine the opposition pact and PAS has being bought over? In all honesty the 3rd Block has nothing to do with BN. Here is the story!

Barisan Nasional (BN) led by a very strong Malay based party UMNO has been administering Malaysia since independence. One of the main reasons to this was that the people were satisfied with BN’s manifestos and leaderships in the past. Malaysia had economically grown and the people realised that as a new nation we all had to work hard and work together to achieve continuous prosperity. The Malays were ready to indulge heavily towards the development of agriculture with the formation of FELDA settlers and many more schemes while the Chinese and Indians who were majorly city dwellers had pursued commerce and professionalisms. We were all happy and tolerating each other without feelings of malice and discontent. However as Mahathir’s era came about, a twist in the national agenda had come forth. This was to “Industrialised” Malaysia. Malaysia had to get rich fast to compete with the developed nations and other growing Asia nations. To achieve this Mahathir’s administration decided to ‘control’ the Malay economy and refocus towards more industrialised avenues, e.g. the Proton vendor program etc. Agriculture as the foundation of Malay commerce and path of prosperity had been put on hold. The economic path of the Chinese and Indians continued to grow as they were already involved in manufacturing and services.

As Industrialisation was a new economic concept for the Malays, Mahathir’s administration had supported a few result oriented Malay businessmen and through these group of people it was theorized that the knowledge and monetary gains would trickled down to many more Malays and thus develop strong industrialised small and medium enterprises Malay or Bumiputra community that would be a force to be reckoned with in the world economic arena. Malay youths were also encouraged to flock into Kuala Lumpur with the promised of ‘projects’ and government funds that could catalytically improve their wealth position. The major architect of this is currently one of the leaders in Pakatan Harapan (PH). These few given the government “support” soon will be known as “Cronies” and as such began a culture of money politics within the Malaysian political arena.

30 over years have gone passed. Mahathir has long resigned from government. Money politics are more rampant not only within BN but also within opposition parties. The culture has been sewn within the Malaysian political landscape. This given rise to the trend that politics is about making money and one can get rich being in politics. Ultimately whoever helms the country will be very powerful and exposed to unimaginable source of funds that he will be able to decide how the funds are to be spent. Thus a ‘die die’ fight between the governing BN party and the PH opposition to head the government has reached to a ludicrous level that representatives from both sides have not looked into  policies affecting the people but instead towards condemning and hurling insults. Furthermore and essentially this fight has turned towards ‘Racial’ tendencies. The Malays who are now suffering from economic depression as their path of economic prosperity has not been realised are now blaming the Chinese, though this is not the sentiment of the major Malay population, the political party involved has propagated this feeling of uneasiness among the lower income urban Malays. The Chinese seeing that Malaysia should have been managed better and having a perception that the Malays are lazy and opportunistic ensure support towards the biggest party in the opposition pact, DAP. Here we have a scenario where Barisan Nasional (BN) though having components of other racial parties is led by a strong Malay party UMNO and PH though having other Malay parties but is led by a big Chinese based party DAP. Thus currently “Malay Vs Chinese” paints the Malaysian political landscape.

This racial avenue is not and will not be good for the country. It will rescind what the country has achieved and the ultimate loser would be the people of Malaysia (THE RAKYAT). Essential and life threatening issues will not be looked upon by representatives of either side. The ultimate agenda is not to serve the people but to ensure “POWER” is being achieved or maintained. It is therefore we the Rakyat from all walks of life say “Enough is Enough” and let’s get our act together. We the Rakyat are not pointing fingers to any group or sides but would like the party in government to step back and relook at the situation on a broader view and not be disillusioned with a paranoiac tendency that people are out to “topple” the government and disregard the Nation’s constitution. However in order for the party in government to be sanely enough to administer the country, it is equally important that its opposition and ‘sparring’ partner is more matured and understand that it needs to ride the wave of the country’s current electoral system to make a difference for the nation. The current position of PH voicing itself as the people’s “Freedom Fighters” and many of the top leaders are synonymous to Mandela and Che Guevara is not healthy and near to disrespectful to our Constitution where the electoral path was designed by our forefathers to provide equal chances for any party that could gain wide support from the Rakyat to helm the government and ensure our democratic foundation will remain intact. This path towards revolution will not serve anyone well and will tear up the country in the most unamendable manner.

“IT’S ABOUT TIME” the party in government and Malaysia our beloved country have an opposition group that could engage the government in a civilised and productive manner….. for the sake of the Rakyat. We, the 3rd Block or Gagasan Sejahtera pact believe that we are the group to put Malaysia’s political landscape in the appropriate path and ensure proper representation will be conducted by members of Parliament and representatives of Houses of Assembly.

Gagasan Sejahtera will be the opposition group that will provide stability to our political landscape. It is led by a major party (PAS) which are predominantly Malay. This will ensure a state of equilibrium to the condition of racial unsettlement as both parties in government and opposition would not touch racial related issues. It is thus left open a wide opportunity for representatives from both sides to dwell more on policies relating to the benefits of The Rakyat.

This movement is not to establish a one side racial supremacy. It is to ensure that representation of each racial group is proportionately being served in Malaysia’s political arena. It can determine that voices from other races are being heard and actions or steps are taken to improve their situations. It can realign the Malay’s economic path, (the Malays being the majority of this nation but contributes insignificantly to the economy) as to provide the necessary foundation in which they can work hard, contribute to their families and ultimately contribute to nation’s gross domestic product (GDP).

Gagasan Sejahtera has no interest in condemning personalities in government. We know being in their shoes are hard enough to balance political manoeuvring and ministerial work. We therefore believe we are able to contribute to each ministry policies by providing constructive advice and innovative proposals that would be easily implemented, reduce government’s expenditure and ultimately help and not burden the Rakyat. We are able to sit across the conference table of ministries and discuss pertinent issues with the respective ministers in order to encourage certain policies to be pushed through as an act of Parliament.

It is pursuing all this work we in Gagasan Sejahtera believe that we are able to familiarise ourselves with the working system of our government. We have to nurture a concise understanding on ministerial working system as to establish a positive ecosystem in which we as the opposition will be respected for comprehending the organization’s intricacies. Some opposition members do not adhere towards this approach as they feel that when they are in government they will change each systematic government procedures.  It is commendable to adopt change as to improve productivity and achieve results; however we must also understand the situation before any change process is to be pursued.

Finally, Gagasan Sejahtera is a platform for anyone who is interested in serving this Nation. It is not an opportunistic avenue to find wealth and to build one’s own position with privileged titles and ranks. It is for the people who understand that our political ecosystem must change for the health of the Nation and for us to build our civilization in order for our children and their descendants to feel safe, ‘smile’ and keep being happy.