Templates by BIGtheme NET
350-018 | C4040-250 | 810-403 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 70-346 | 70-480 | 300-075 | 210-060 | SY0-401 | M70-201 | HP0-S41 | 100-101 | MB2-702 | 101 | 70-488 | 70-488 | MB2-701 | CISSP | 640-554 | AWS-SysOps | AWS-SysOps | N10-006 | CCD-410 | 210-260 | MB5-705 | 70-483 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 350-018 |, C4040-250 |, 810-403 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 640-554 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, MB5-705 |, 70-483 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |,

Bajet 2017 Bakal Beban Rakyat.Adakah satu bencana baru?

Dato Seri Mohamad Badri Abd Rahman

Pengerusi Ikatan Selangor

Ahli Dewan Tertinggi Ikatan Malaysia
Tidak sampai dua minggu lagi rakyat akan disajikan dengan Bajet 2017, bajet yang akan dibentangkan pada 21 Oktober adalah dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia bagi mengetahui benefit yang bakal mereka perolehi terutamanya kakitangan awam yang menanti bonus serta kenaikan gaji mereka.
Dalam pada itu juga, rakyat-rakyat yang berada di desa-desa mahupun bandar turut menanti apakah yang bakal mereka perolehi terutamanya dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan sudah pasti akan berucap sebaik yang mungkin, selunak bahasa bagi menarik seluruh rakyat Malaysia bahawa bejet yang dibentangkan ini keseluruhannya memenuhi kehendak rakyat.
Namun apa yang pasti dan sudah menjadi lumrah, belanjawan-belanjawan sebelum ini secara keseluruhan tidak dapat menjaminkan kesenangan untuk hidup rakyat diluar apatah lagi untuk meningkatkan pendapatan mereka

Usah Recycle
Kita mengharapkan bajet yang akan dibentangkan nanti tiada lagi istilah “recycle” sepertimana tahun-tahun lepas, kita mahukan bajet terbaik dan mempunyai perancangan yang mantap.

Jika kita lihat bajet 2016 sebelum ini hanya diceduk dari bajet 2015, hanya diperbaiki beberapa aspek sahaja. Bagi bajet 2017 ini kerajaan perlu membuat kajian yang lebih baik dari segala genap aspek, mungkin akan ada ciplak dari bajet yang lepas namun ia tidak seharusnya menjadi 99 peratus diciplak.

Jika ini dilakukan kerajaan akan menyebabkan belanjawan kali ini akan menjadi sepertimana sebelum ini, tanpa hala tuju dalam memperbaiki ekonomi negara apatah lagi untuk menaik taraf kehidupan ekonomi rakyat.
Selain itu juga, jika konsep recycle digunapakai ini membuktikan kelemahan kerajaan yang mampu mentadbir sesebuah serta ketandusan idea untuk membawa negara ini kearah sebuah negara maju, kejayaan sesebuah negara terletak kepada kemampuan kerajaan membentuk sebuah bajet yang terbaik tanpa sebarang kecacatan.

Bencana Jika Ketandusan Sumber Baru
Pakar-pakar ekonomi akan melihat dari mana sumber pendapat baru negara setiap kali bajet dibentangkan, perkara ini perlu dipandang serius kerajaan dalam menangani kemerosotan ekonomi apatah lagi dengan keadaan harga minyak yang semakin menjunam.

Dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding Dollar Amerika, kerajaan perlu pastikan sumber-sumber baru bagi menampung pendapatan negara agar kita tidak bergantung sepenuhnya kepada negara-negara luar, ia juga sebagai persedian awal kerajaan jika berlakunya kegawatan ekonomi pada tahun hadapan.
Kita melihat ekonomi Malaysia kini sedang dalam proses menjunam untuk mengalami kegawatan, tanpa sumber baru dan hanya bergantung pada sumber-sumber tardahulu seperti minyak memungkinkan negara ini bakal menempuh kegawatan yang teruk berbanding sebelum ini.
Melihat kepada trend ringgit malaysia serta harga minyak dunia, dijangkakan kegawatan berlaku lebih awal iaitu akhir tahun 2016, ini merupakan satu cabaran yang besar buat kerajaan untuk merangka bajet dalam mengatasi kegawatan ekonomi.
Jika bajet tidak diteliti serta dirangka dengan lebih perkasa, ia akan menyebabkan defisit negara meningkat, sekali gus menyukarkan kerajaan untuk menyisih dari rancangan ingin menurunkan defisit tahunan.
Jika ini gagal disempurnakan, cabaran yang paling getir adalah bajet negara terpaksa dirombak semula kerana negara menghadapi kekurangan sumber pendapatan berbanding dengan apa yang telah dirancang ataupun istilah “bajet tambahan” terpaksa dibentang.

Keadaan ini dapat diatasi jika kerajaan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk rakyat dibawah serta pimpinan pembangkang yang lain, dalam merangka ekonomi negara baru dan kerajaan perlu ketepikan soal protokol mahupun berlainan idelogi politik.

Kita menyambut baik cadangan kerajaan yang memberi peluang kepada rakyat dalam menyuarakan pendapat serta idea mereka dalam merangka bajet kali ini, namum persoalannya sejauh manakah pandangan itu diambil kira oleh kerajaan.
Adakah kerajaan bersedia untuk berkongsi dengan seluruh rakyat serta pemimpin parti lain dalam draf awal bajet sebagai permulaan awal untuk memperbaiki segala kelemahan sebelum draf terakhir disiapkan.
Kerajaan perlu meletak satu formula baru dalam setiap rangka yang melibatkan kajian bajet bagi memastikan kesinambungan bajet yng dibentangkan nanti mampu memulihkan keyakinan rakyat serta pelabur asing, bajet bukannya untuk dimegah semasa dibentang tetapi keberkesanan apabila ia dilaksanakan.

Tidak Menolak GST Dinaikan 2 Peratus
Merujuk kepada kutipan bersih Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Disember 2015 sebanyak RM27.01 bilion, serta anggaran Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang yakin mampu mengutip sebanyak RM52 bilion sepertimana yang ditetapkan kerajaan pada Bajet 2016, sudah pasti kerajaan meletakkan fokus yang khusus pada GST.
Dengan caj yang dikenakan sebanyak 6 paratus, apatah lagi keadaan hutang negara yang semakin meningkat iaitu sehingga Disember tahun lepas mencecah RM630.5 bilion atau 54.5 peratus daripada Keluarah Dalam Negara Kasar (KDNK), sudah pasti kerajaan melihat dengan GST ini mampu mengurangkan bebanan hutang negara.
Jika dengan kadar 6 peratus GST ia dapat menampung jumlah pendapatan yang tinggi, kita tidak boleh menolak kemungkinan kerajaan akan menaikan kadar tersebut bagi memastikan segala permasalahan kerajaan mengenai kewangan dapat diselesaikan.

Khabar angin turut mengatakan GST akan dinaikkan sebanyak 2 peratus lagi adalah satu andaian yang tidak boleh ditolak, walaupun ia dinafikan kerajaan namun perkara tersebut tidak boleh dipandang ringan apabila kerajaan mulai membandingkan kadar GST di Malaysia dengan megara-negara luar.

Dengan peningkatan 2 peratus kepada 8 peratus ini akan meningkatkan pendapatan kerajaan yang sekarang ini ketandusan sumber-sumber baru. Kerajaan merasakan untuk melabur di dalam sumber- sumber baru adalah suatu yang sukar serta memerlukan sumber kewangan yang besar, adalah lebih baik kadar GST itu ditingkatkan.
Dengan peningkatan kadar GST ini bukan sahaja dapat menampung kos pembangunan tetapi turut menyelesaikan hutang-hutang negara yang semakin membimbangkan. Peningkatan kadar GST walaupun memberikan kemudahan kepada rakyat tetapi ia sebenarnya mimpi ngeri untun rakyat.
2017 adalah tahun yang mencabar untuk rakyat jika dilihat kepada trend ekonomi sekarang, kita dapat lihat rata-rata rakyat sudah mula mengawal segala kos harian mereka dan ada antara mereka terpaksa melakukan kerja lain disamping kerja utama mereka dan ini pada kadar GST 6 peratus.
Jika kerajaan merealisasikan kenaikan 2 peratus lagi, pada tahun hadapan rakyat akan terus dibebani dengan kenaikan harga barang malah terpaksa bayar lebih dengan harga yang ditetapkan, situasi ini akan memberikan kesan teruk kepada ekonomi rakyat dan kadar pendapat yang mereka perolehi dengan apa yang mereka keluarkan dilihat tidak seimbang.

Apa yang dirisaukan kesempitan ekonomi serta tekanan hidup ini akan menimbulkan satu suasana yang membimbangkan terutamanya melibatkan institusi kekeluargaan serta boleh meningkatkan kadar jenayah.
Apa yang rakyat boleh lakukan jika kos kenaikan barang meningkat akibat dari pelaksanaan kadar baru GST sedangkan pendapatan mereka yang bekerja masih lagi ditakuk lama, jika kerajaan ingin melaksanakan kadar baru GST, kerajaan perlu lebih prihatin dengan nasib hidup rakyat di bawah.

1MDB pengaruhi Bajet, peruntukan akan dipotong
Dalam merealisasikan bajet, skandal melibatkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh dipandang ringan kerana ia akan mempengaruhi Bajet 2017 secara menyeluruh.
Dengan jumlah hutang keseluruhan RM48.65 bilion, sudah pasti kerajaan terpaksa pecahkan peruntukan tahunan bagi menampung bebanan hutang tersebut.

Jika bajet tahun lalu memperlihatkan beberapa kementerian dikurangkan peruntukannya atas alasan kekurangan dana kerajaan, pasti dengan isu 1MDB ini lebih banyak peruntukan dkurangan untuk semua kementerian termasuk kementerian-kementerian yang penting iaitu kesihatan dan pendidikan.
Kerajaan pasti mencari ruang untuk memastikan melalui bajet kali ini segala hutang 1MDB dapat dijelaskan sepenuhnya ataupun dikurangkan.

Tindakan mengurangkan peruntukan pada setiap kementerian sudah pasti menganggu segala perancangan yang telah dilakukan dan ini secara langsung turut mengagalkan perjalanan kementerian, bagaimana kalau itu berlaku kepada kementerian yang penting.
Kerajaan tidak akan memperdulikan perancangan-perancangan yang telah dirancangkan mana-mana kementerian kerana isu hutang 1MDB dan penyelesaiannya akan menjadi keutamaan kerajaan, dalam pada itu kerajaan juga digesa agar hak kebajikan rakyat perlu diutamakan apatah lagi melibatkan soal pendidikan serta kesihatan rakyat.

Isu Muflis golongan belia perlu diutamakan
Melihat kepada situasi semasa dengan kadar muflis yang tinggi dari kalangan belia, pada bajet kali ini kerajaan perlu meletakkan agenda ini sebagai keutamaan sebagai jalan penyelesaian muflis golongan belia.
Statistik sejak tahun 2010 hingga April 2015 menunjukkan daripada 107,000 individu yang diisytihar muflis 23,484 daripadanya adalah golongan belia yang berumur antara 25 hingga 34 tahun.

Seramai 1,469 belia di bawah 25 tahun turut muflis manakala individu yang berumur antara 35 hingga 44 tahun pula merupakan golongan tertinggi yang diisytiharkan bankrap iaitu sebanyak 37,888 orang daripada jumlah keseluruhan.
Angka-angka yang ditunjukkan ini amat membimbangkan dan ia dijangkakan meningkat setiap tahun, dalam memastikan angka ini berkurangan kerajaan perlu memastikan ada agenda penyelesaian pada bajet kali ini.
Walaupun telah ada usaha dilakukan kerajaan, namun kesan yang diberikan tidak memberi kesan secara menyeluruh, kerajaan perlu meletakkan satu mekanisma baru jika mahu usaha ini tercapai.

Golongan belia merupakan pemimpin masa hadapan dan mereka adalah ikon kepada pembangunan negara, kegagalan mengatasi isu ini, sedikir sebanyak akan merencatkan usaha pembangunan negara.
Keadaan ini amat membimbangkan kerana belia ya g berumur sekitar 30 tahun ini adalah tulang belakang kepada pertumbuhan sosioekonomi negara, ia juga boleh memberi impak negetif kepada negara dalam mencapai Wawasan 2020.
Satu kajian menyeluruh perlu dilakukan kerajaan dengan penglibatan semua pihak sama ada badan bukan kerajaan, badan kewangan, pakar ekonomi ataupun mana-mana pihak, agar resolusi baru untuk atasi gejala muflis ini dapat diatasi secara menyeluruh.

Kalau Indah Tahun Pilihanraya
Walaupun pelbagai kesan akan dirasai rakyat melalui Bajet 2017 ini nanti, sama ada kenaikan harga minyak, pelaksanaan kadar baru GST mahupun permotongan peruntukan setiap kementerian, namun Najib pasti mempunyai perancangan yang teliti dalam menarik rakyat yang mengundi.
Ia dapat dilihat jika terlalu banyak gula-gula diberikan kepada rakyat terutamanya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mahupun pemberian bonus kepada kakitangan awam, peneroka Felda serta bantuan “one off” kepada golongan belia, ia merupakan petanda 2017 adalah tahun pilihanraya.
Jika sebalik rakyat perlu bersedia dengan keadaan ekonomi yang semakin meruncing serta menekan hidup mereka, rakyat perlu lebih berhemah dan merancang dalam setiap perbelanjaan mereka bagi memastikan kedudukan kewangan mereka tidak tergugat.
Jika kerajaan itu prihatin hak dan kebajikan rakyat perlu diutamakan dalam bajet kali ini.