Templates by BIGtheme NET
350-018 | C4040-250 | 810-403 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 70-346 | 70-480 | 300-075 | 210-060 | SY0-401 | M70-201 | HP0-S41 | 100-101 | MB2-702 | 101 | 70-488 | 70-488 | MB2-701 | CISSP | 640-554 | AWS-SysOps | AWS-SysOps | N10-006 | CCD-410 | 210-260 | MB5-705 | 70-483 | 810-401 | 70-486 | 200-310 | 300-101 | 400-201 | 70-347 | ADM-201 | 300-208 | EX200 | 400-051 | 70-461 | MB2-707 | 300-070 | 200-120 | 300-320 | 300-115 | 400-101 | 350-018 |, C4040-250 |, 810-403 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |, 640-554 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, AWS-SysOps |, N10-006 |, CCD-410 |, 210-260 |, MB5-705 |, 70-483 |, 810-401 |, 70-486 |, 200-310 |, 300-101 |, 400-201 |, 70-347 |, ADM-201 |, 300-208 |, EX200 |, 400-051 |, 70-461 |, MB2-707 |, MB2-707 |, 300-070 |, 200-120 |, 300-320 |, 300-115 |, 400-101 |, 70-346 |, 70-480 |, 300-075 |, 210-060 |, SY0-401 |, M70-201 |, HP0-S41 |, 100-101 |, MB2-702 |, 101 |, 70-488 |, MB2-701 |, CISSP |,

IKATAN

Pada   Jan   2015, “Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)” akan dilancarkan. Adalah menjadi hasrat kami agar IKATAN akan   menjadi suatu suara baru yang berpengaruh dan kuat bagi rakyat Malaysia untuk memperteguhkan cita-cita Perpaduan, Kebebasan, Keadilan dan Kemakmuran. Kami   akan   berusaha untuk   bersuara tanpa     rasa takut   atau memihak   dan ia adalah   komitmen   kami untuk berani berdiri dan bersuara supaya ianya dapat didengar dengan kuat dan jelas.

Sebagai rakyat Malaysia, kita telah dikurniakan dengan kelimpahan rezeki semulajadi dan rahmat yang tidak terbatas dan ini telah memungkinkan rakyat Malaysia hidup dengan selesa. Malangnya dalam masa yang sama kita juga telah menyaksikan pertumbuhan rasuah secara berleluasa dan besar – besaran dan tadbir urus ekonomi yang sangat lemah. Oleh itu sudah sampai masanya seluruh rakyat Malaysia menyatakan bersama-sama “cukuplah” dan mengambil pendirian yang tegas untuk bantah terhadap semua yang salah dan tidak menguntungkan.

Sudah   terlalu   lama keadaan diatas   terpaksa ditelan   oleh majoriti rakyat dengan penuh kesabaran dan tiada sebarang tindakan diambil. Kebanyakan kita selama ini menerima pihak yang menyalahgunakan kuasa dalam tadbir urus negara kita ini bukan kerana kita menyokong kesalahan itu tetapi sebahagian besarnya kerana   kita secara semula jadi sentiasa bertolak ansur dalam menghadapi situasi   begini. Namun demikian masanya telah tiba untuk kita berkata, “Cukuplah Cukuplah”. Masanya telah tiba bagi majoriti senyap ini untuk bangkit dan bergerak kuat dan melakukan perubahan demi Malaysia yang lebih terjamin untuk generasi akan datang. IKATAN ingin mewakili golongan majoriti senyap ini dan menjadi suara yang kuat dan efektif terhadap segala apa yang salah di Malaysia.

  1. Memandu Platform Perpaduan

IKATAN telah ditubuhkan untuk tujuan   murni ini dan kami akan melakukan yang terbaik untuk menjadi suara perpaduan, harapan dan integriti dalam semua yang dilakukan. IKATAN akan mendukung prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan dan menjadi suara tanpa kompromi yang akan mencerminkan keperluan dan hasrat   rakyat Malaysia.

Ahli-ahli IKATAN adalah dari pelbagai latar belakang, bangsa, agama dan organisasi yang telah berpakat erat untuk suatu tujuan yang sama bagi melaksanakan perubahan yang dikehendaki untuk negara kita.

  1. Mencerminkan Kata-Kata Bapa Kemerdekaan Malaysia, Almarhum

Tengku Abdul Rahman Putra

BAPA MALAYSIA Tunku Abdul Rahman Putra begitu jelas dalam menentukan halatuju negara dan rakyat apabila beliau dalam amanatnya sepanjang masa berpesan kepada kita seperti berikut:

“JIKA KITA BENAR-BENAR MAHU HIDUP SEBAGAI SATU KELUARGA DALAM SATU RUMAH, BERNAMA MALAYSIA, MAKA KITA MESTI IKHLAS ANTARA SATU DENGAN LAIN — MELAYU, CINA, INDIA, DAYAK, KADAZAN DUSUN, SIAM — ISLAM, BUDDHA,HINDU, KRISTIAN DAN LAIN-LAIN.

JIKA KITA IKHLAS MAKA KITA TIDAK BOLEH KATA APA-APA YANG AKAN MENYAKIT HATI ANTARA SATU SAMA LAIN. KITA JUGA TIDAK BOLEH BUAT APA-APA YANG MENYUSAH HATI ORANG LAIN.

SEBAGAI AHLI KELUARGA YANG IKHLAS KITA MESTI SELALU TOLONG MENOLONG SESAMA KITA. YANG KAYA TOLONG YANG MISKIN.YANG MAJU TOLONG YANG KURANG MAJU. DENGAN CARA ITU BARULAH KITA AKAN JADI SATU BANGSA DAN NEGARA YANG BERSATU PADU DAN KUAT. SEMUA ORANG AKAN BAHAGIA. BARULAH MALAYSIA DIHORMATI OLEH DUNIA.

“BAPA MALAYSIA, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra”

  1. Memantapkan Isi dan Roh Perlembagaan Malaysia

IKATAN akan berusaha untuk menggerakkan MALAYSIA yang Adil, Progresif dan selaras dengan warisan dan visi BAPA MALAYSIA. Perlembagaan Malaysia mesti kekal menjadi asas yang kukuh untuk negara kita. Ini termasuklah menghormati hak keistimewaan orang – orang Melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak disamping kepentingan sah kaum – kaum lain. Begitu juga kita menerima kedaulatan

raja – raja Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan dengan agama – agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai serta menerima kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan disamping menghormati hak kaum – kaum lain mempelajari bahasa ibunda masing – masing. IKATAN akan pastikan semua akan hormati dan patuh kepada isi dan roh Perlembagaan Malaysia ini.

  1. Mengulangi Ikrar Keadilan dan Kesaksamaan

Jika kita mahu memelihara negara kita yang indah ini untuk generasi akan datang, kita tidak lagi boleh menunggu dan berharap bahawa segala-galanya akan dipulihkan oleh Kerajaan hari ini. Amatlah jelas bahawa kita tidak boleh terus mengambil langkah-langkah salah seperti sekarang ini. “Ketamakan” yang begitu ketara dan budaya rasuah berleluasa mesti dibendung. Sentimen perkauman dan agama telah digunakan untuk memaksa rakyat akur kepada kuasa status quo. IKATAN berjanji untuk menjaga perpaduan sedia ada rakyat Malaysia dan mendorongnya kembali ke pangkal jalan agar semua dapat hidup sebagai “BANGSA MALAYSIA”

 

  1. Merealisasikan BANGSA MALAYSIA

57 tahun telah berlalu dan kita masih jauh dari mencapai wawasan pengasas kita iaitu, “BANGSA MALAYSIA” yang benar – benar bersatu dalam mencapai tujuan dan menyelesaikan segala permasalahan. Sudah tiba masanya kita menganggap diri kita ini sebagai   BANGSA MALAYSIA. Ini adalah   masanya   untuk kita menerima diri kita sebagai   rakyat Malaysia tanpa perlu bimbang tentang apa jua latar belakang atau asal   usul kita.   Ini adalah masanya untuk kita berganding bahu dengan penuh keikhlasan dan mengangkat satu bendera yang sama dalam jiwa dan minda kita.

Kami merayu kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama – sama kami supaya suara kita didengar. IKATAN berharap setiap ahli akan memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mengejar cita- cita murni rakyat dan negara. Sumbangan anda akan menambah momentum dalam menyatukan rakyat Malaysia. Marilah kita menyalakan obor perpaduan sebenar, menghormati dan membantu satu sama lain untuk berjaya dan berkembang maju dalam sebuah negara “BANGSA MALAYSIA”.

  1. BENDERA-LOGO

PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN)

 

rsz_ikatan_logo_-_final_2015

KETERANGAN BENDERA – LOGO

Bendera   dan Logo yang telah   disatukan ini melambangkan tekad “IKATAN BERPADU” rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya hendak melonjakmajusebagai BANGSA MALAYSIA yang benar-benar bersatu, maju, adil, saksama dan bahagia. Ianya mengandungi 4 warna

— PUTIH, MERAH, BIRU DAN KUNING.

PUTIH: Putih     melambangkan     kesucian     dan     keikhlasan IKATAN memperjuangkan visi dan misinya untuk BANGSA MALAYSIA yang benar-benar bersatu, maju, adil dan saksama dan bahagia.

MERAH: Merah   adalah   simbolik   tekad   dan   azam   IKATAN, berkorban apa saja, dalam perjuangan menjayakan visi dan misinya.

BIRU: Biru adalah warna keharmonian dan kedamaian. Laungan Kemerdekaan BAPA KEMERDEKAAN/BAPA MALAYSIA, Almarhum            Tunku   Abdul   Rahman   Putra,   serta perjuangan dan legasinya menjadi petunjuk serta dokongan kukuh visi dan misi IKATAN.

KUNING: Kuning     melambangkan   Raja   Perlembagaan dan Perlembagaan Negara yang akan   sentiasa disanjung, didokong dan dipertahankan oleh IKATAN.

  1. Visi dan Misi IKATAN

VISI

Menyatu padu   dan merapatkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya supaya benar – benar menjadi satu: sebagai “BANGSA MALAYSIA YANG BERSATUPADU, MAJU, ADIL DAN SAKSAMA DAN BAHAGIA”.

Perjuangan ini ialah dengan menyedar dan menginsafkan kembali seluruh rakyat mengenai kesepaduan serta semangat kekeluargaan jati yang wujud semasa zaman perjuangan bersama dahulu bagi mencapai kemerdekaan.

Berukunkan sumpah janji ini maka visi dan misi perjuangan BANGSA MALAYSIA adalah   berpaksikan “AMANAT MERDEKA BAPA MALAYSIA” Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra   serta berpaksikan isi kandungan dan Roh Perlembagaan Malaysia.“AMANAT MERDEKA BAPA MALAYSIA” yang berbunyi:

“JIKA KITA BENAR-BENAR MAHU HIDUP SEBAGAI SATU KELUARGA DALAM SATU RUMAH, BERNAMA MALAYSIA, MAKA KITA MESTI IKHLAS ANTARA SATU DENGAN LAIN — MELAYU, CINA, INDIA, DAYAK, KADAZAN DUSUN, SIAM — ISLAM, BUDDHA,HINDU, KRISTIAN DAN LAIN-LAIN.

JIKA KITA IKHLAS MAKA KITA TIDAK BOLEH KATA APA-APA YANG AKAN MENYAKIT HATI ANTARA SATU SAMA LAIN. KITA JUGA TIDAK BOLEH BUAT APA-APA YANG MENYUSAH HATI ORANG LAIN.

SEBAGAI AHLI KELUARGA YANG IKHLAS KITA MESTI SELALU TOLONG MENOLONG SESAMA KITA. YANG KAYA TOLONG YANG MISKIN.YANG MAJU TOLONG YANG KURANG MAJU. DENGAN CARA ITU BARULAH KITA AKAN JADI SATU BANGSA DAN NEGARA YANG BERSATU PADU DAN KUAT. SEMUA ORANG AKAN BAHAGIA. BARULAH MALAYSIA DIHORMATI OLEH DUNIA.

”BAPA MALAYSIA, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra”

MISI

(i)   Menghidupkan kembali sumpahjanji dan idealisma BAPA MALAYSIA dan pengasas – pengasas Kemerdekaan agar seluruh rakyat Malaysia hidup sebagai satu negara-bangsa berteraskan kesaksamaan, keadilan serta maju dan bahagia.

(ii)     Dengan sesungguhnya menyedari, memperakui dan menghormati hak-hak dan kedaulatan Kerajaan negeri-negeri dalam semangat negara Persekutuan sejati serta selaras dengan prinsip demokrasi tulen dan semangat Perlembagaan Malaysia.

(iii) Memastikan institusi-institusi negara mendukung dan menghormati kedaulatan undang-undang, prinsip – prinsip demokrasi, hak serta nilai-nilai sejagat.

(iv) Menyokong dan menegakkan suatu pentadbiran yang:

– benar-benar telus dan bertanggungjawab

– cekap dan efisyen

– bebas rasuah dan bebas kronisma

– bersih dan ikhlas

(v)     Melonjakkan kedudukan sosio-ekonomi seluruh rakyat Malaysia agar semuanya dapat mengecapi kehidupan yang benarbenar maju, adil, saksama dan progresif sejajar dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan bagi masa depan bersama.

 

ăn dặm kiểu NhậtResponsive WordPress Themenhà cấp 4 nông thônthời trang trẻ emgiày cao gótshop giày nữdownload wordpress pluginsmẫu biệt thự đẹpepichouseáo sơ mi nữhouse beautiful